|
Pengenalan
Homestay
adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan
dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan
berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian
keluarga berkenaan dan kebudayaan secara langsung. |
 |
 |
|
|
Program Homestay diperkenalkan oleh Kementerian
Pelancongan Malaysia pada tahun 1988 sebagai satu usaha mempelbagaikan produk
pelancongan melalui penawaran penginapan alternatif kepada pelancong. Program
ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1995 di Desa Murni,
Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan
Pelancongan. Ia adalah satu program di bawah Pelan
Induk Plancongan Luar Bandar yang bermatlamat untuk menggalakkan
penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan. |
|
Program ini memberi
peluang kepada pelancong untuk menikmati percutian yang berbeza dan
murah yang mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah yang
menyertai program ini dan merasai sendiri bagaimana tuan rumah
menjalani kehidupan seharian mereka. Pengalaman ini dapat
meningkatkan pengetahuan pelancong mengenai cara hidup dan budaya
penduduk tempatan di destinasi yang mereka lawati.
|
 |
 |
Program Homestay dilihat
sebagai satu produk pelancongan alternatif yang berpotensi untuk
mendapat sambutan memandangkan terdapat peningkatan dalam permintaan
yang tinggi di kalangan pelancong antarabangsa terhadap pelancongan
yang mempunyai ciri-ciri peningkatan pengetahuan, termasuk memerhati,
mengalami dan mempelajari cara hidup penduduk tempatan di destinasi
yang dilawati. |
|
Di samping menjadi satu produk pelancongan alternatif yang menawarkan percutian
dengan harga yang rendah kepada pelancong, Program Homestay juga merupakan satu
strategi yang diambil kerajaan untuk meningkat dan membangunkan taraf hidup
penduduk luar bandar melalui penglibatan mereka dalam perancangan dan
pembangunan pelancongan. Justeru itu, Program Homestay juga boleh dilihat
sebagai projek komuniti yang dapat memupuk perpaduan dan dalam masa yang sama
dapat mendorong kearah kemajuan komuniti. |
|
|
|
|
Homestay Mengikut Negeri |
|
* klik pada nama negeri untuk lihat senarai
homestay di negeri berkenaan
|
|
|
Untuk Pertanyaan |
KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA
Bahagian Perkhidmatan Pelancongan, KPL,
Tingkat 22, Menara Dato’ Onn, PWTC,
45, Jalan Tun Ismail
50694 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Tel : 03-2696 3262
Fax : 03-2696 3142
Email : info@motour.gov.my |
 |
|
|